jump to navigation

Senarai Syarikat yang Tidak Sah Membuat Pelaburan April 10, 2007

Posted by abixpert in Uncategorized.
1 comment so far

source: http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html

Below is the list of known companies and websites which are not authorized nor approved under the securities laws to deal in securities. The public are advised not to make any investment with companies that are not licensed or approved by the SC.

If you require any clarification or wish to lodge a complaint, please contact us at 603-62048999 or e-mail us at aduan@seccom.com.my.

Members of the public who come across any suspicious websites, as well as e-mails or any information on the Internet relating to investment advice and services, may alert the SC at the contact number or e-mail above.

A


B
  • BHG e-investment (www.bhg-corp.com)
  • Bidvask Investment Ltd (www.bidvask.com)
  • Buy-e-barrel (www.buyebarrel.com)
  • Brentwood Trust Company (www.brentwoodtrust.com)
  • Belton Market ( www.betonmarkets.com )

 

C
D
  • Data Saham (www.datasaham.com)
  • Dragon Gold Sdn Bhd / Dr Iain Gray
  • Duit Wayang
  • Dana Futures (www.danafutures.com)
  • Dana Modal (www.angelfire.com/journal2/danamodal)
  • Debenture Petal Trust

 

E

 

F

 

G
  • GC Group Asset Management
  • Good Credit Asset Management
  • Goldmill Wagner Ltd / GWA Worldwide (www.goldmillwagner.com)
  • Global Investment Network System (http://ginsystem.com)

 

H
  • Hibah Funds
  • Hollinger Newcastle Limited

 

I

 

J
  • Jai Network System Sdn Bhd

 

L
  • Lexworth Prestige

 

M


O
  • Oregon Invest (www.oregoninvest.com)
  • Ocean Balance Ltd


P
  • Pure Investor / PIPS (www.pureinvestor.com, www.gopips.com)
  • Prowealth Solutions (www.prowealthsolutions.com)
 
R
  • Remisier (www.remisier.com)


S


T
  • Tian Ping (www.tianping2u.com)


U
  • UeBond (www.uebond.com)
  • United Capital Management Inc (www.brentwoodtrust.com)
  • Universe Asset Management Inc / Tony So
  • Ugifund


V
  • Venturemax International (www.venturemax.com)


W
  • Win Li Fund (www.winlifund.com)
  • Whitman Pearce & Partners (www.whitmanpearce.com)


Alpha Numeric
  • 3A Consulting Group Sdn Bhd


Last updated: 17 May 2007
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hukum Skim Cepat Kaya Dan Seumpamanya Mac 12, 2007

Posted by abixpert in Uncategorized.
add a comment
Source: http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=1320




Kategori : Sosial/Syariah

Tajuk : Hukum Skim Cepat Kaya Dan Seumpamanya
 
Isu :
Fatwa:

 

(1) Hukum terhadap Skim Cepat Kaya adalah haram kerana cara
beroperasinya yang mengandungi unsur-unsur judi, riba, gharar dan
tadlis. Oleh itu, umat Islam dilarang daripada terlibat dengan skim ini.

(2) Pengharaman tersebut berdasarkan kepada nas-nas al-Quran dan hadith
seperti berikut:

a. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:
“Penipuan di dalam neraka, dan sesiapa yang mengamalkan
perkara yang bukan dari amalan kami maka dia ditolak”.
(Riwayat Bukhari)

b. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:
“… Sesiapa yang menipu bukanlah dari kalangan kami”.
(Riwayat At-Tarmizi)

c. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:
“Tidak boleh memudaratkan dan mendatangkan mudarat kepada
orang lain”.

(Riwayat Ibnu Majah)

d. Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu makan (gunakan) harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu”.
(Surah an-Nisa’ : 29)

Rujukan
Pewartaan :

Sel.P.U.11

Tarikh
Pewartaan :
25 Mei 2006
 


Baca
: 326

Oleh :

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’

Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM Februari 24, 2007

Posted by abixpert in Uncategorized.
24 comments

Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai ‘Multi Level Marketing’ atau MLM adalah amat popular di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Statistik tahun 2003 menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM.

Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan Shariah samada dalam atau luar negara yang ingin atau berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Shariah dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmuan Shariah untuk mendalami proses sistem ini.

Para ‘Ustaz’ dan Multi Level Marketing

Saya juga tidak dapat lari dari dibanjiri soalan demi soalan berkenaan hal ini. Pada awalnya, saya cuba untuk mengelak disebabkan terlampau banyak bentuk dan jenis MLM ini hingga menyukarkan sesiapa juga untuk memandu dan menerangkan hukumnya secara jelas. Di tambah pula mengenagkan pengikut dan pengamalnya yang terlalu ramai dan kebanyakkannya pula kelihatan ‘taksub’ dan amat yakin akan halalnya kaedah MLM ini.

Tidak kurang juga terdapat para graduan Shariah atau pengajian Islam yang digelar ‘Ustaz’ dan Ustazah’ yang juga kuat berkempen produk-produk syarikat dengan skim MLM. Lebih hangat dan meriah lagi, kumpulan ini kerap mendakwa ianya halal lalu diselitkan dengan pelbagai dalil Al-Quran dan Hadith yang menggalakkan umat Islam berniaga, kuat ekonomi dan lain-lain. Hakikatnya, dalil-dalil ini bukanlah khusus untuk menyokong MLM dan perniagaan piramid mereka.

Ikhlas saya ingin nyatakan di sini, agak ramai juga orang ramai yang terpengaruh dengan kempenan dari kumpulan ilmuan agama seperti ini, menyebabkan orang ramai menyertainya tanpa berfikir lagi berkenaan halal atau haramnya sesuatu produk itu kerana ia telah diiktiraf oleh seorang ‘ustaz’. Justeru, saya ingin menasihatkan semua rakan-rakan lulusan Shariah dan Pengajian Islam agar lebih berhati-hati memberikan sebarang hukum dan merujuk dengan lebih mendalam sebelum berkempen dan mendakwa halalnya sesuatu produk hanya semata-mata kerana ia mendapat keuntungan besar di dalamnya. Ini kerana agak ramai juga saya dapati orang ramai yang berkiblatkan ustaz tertentu dalam kempen MLM mereka. Berkatalah Al-Laith bin Sa’ad : « Seandainya orang-orang yang memiliki pemahaman halal dan haram meneliti masalah ini, pastilah mereka tidak akan membolehkannya kerana terdapat di dalamnya unsur perjudian » ( Riwayat Al-Bukhari, no 2346 ). Sayyidina Umar al-Khattab r.a telah mengingatkan:

لا يبع في سوقنا إلا من قد تفقه في الدين

Ertinya : “Jangan seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali ia telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya” ( Riwayat Tirmidzi, no 487, hlm 129 ; Albani : Hasan)

Bagi membantu masyarakat yang semakin ‘hangus’ dalam industri ini, saya merasakan adalah elok untuk saya berkongsi panduan umum Shariah dalam hal penggunaan MLM ini. Bagaimanapun, saya tidaklah mampu untuk menujukan tulisan ringkas ini kepada mana-mana jenama MLM yang wujud di Malaysia mahupun luar negara. Tulisan ini hanya memberikan sedikit gambaran dan garis panduan yang diletakkan oleh undang-undang Islam dalam hal MLM ini.

Pengertian MLM

Secara umum ‘Multi Level Marketing’ adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline’ (tingkat atas) dan ‘Downline’ (tingakt bawah), orang akan disebut ‘Upline’ jika mempunyai ‘Downline’. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal’ atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan’ ataupun gabungan antara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)
Bentuk MLM yang Haram

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :

1) Harga tinggi dari biasa : Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar ‘Gabhnun Fahisyh’ menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ‘Ghabnun Fahisy’ ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369). Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)

2) Jualan target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target’ tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan “Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda”.

Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee’) sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi’en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato’ Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha’ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi haram apabila :-

* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian.

* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau “brokerage” (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas “brokerage” tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker’ atau ‘agen’ untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker’ atau ‘agen’ menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.

3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.

5) Terdapat juga unsur mirip “shafqatayn fi shafqah”, atau bay’atayn fi bay’ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya : “

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة واحدة

Ertinya : “Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad” ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah, atau bay’atayn fi bay’ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu’awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas.

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma’ Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage’ sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : “Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

Ø Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

Ø Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

Ø Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.

Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.

6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Shariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam.

Kuala Lumpur, Malaysia (14 Zulhijjah 1427 H = 4 Januari 2007)

Apa yang akan kita ingat selepas 2 minggu Januari 22, 2007

Posted by abixpert in Uncategorized.
4 comments

Dari luar tingkap airbus Airasia 2 minggu lepas, saya bercuti di kampung isteri saya di Keningau, Sabah. Memang waktu pulang ke Sabah adalah saat yang selalu saya nantikan. Sebab banyak aktiviti yang menarik yang akan saya lakukan. Pemandangan bukit-bukau menghijau, udara yang sejuk di tengah-tengah perjalanan ke Keningau, memancing, mandi sungai buat saya balik ke alam kanak-kanak. Hehe iye la, dah besar nie, mana sempat nak buat semua tu. :D

Saya selalu membeli sebuah buku untuk dibaca dalam perjalanan.Tak kira dimana destinasi saya, mesti ada sebuah buku yang akan saya baca. Terutama buku motivasi ataupon perniagaan. Sebab, nak mengisi masa lapang masa atas kenderaan.

Kalau ke KL dari Perlis, saya suka naik bas je. Lebih kurang 7 jam perjalanan, dan saya suka naik waktu siang.Masa tu, boleh la baca buku tebal-tebal. Hik.Kalau tidak, jarang saya baca buku, cuma baca paper atau web je.

 

Dalam perjalanan naik flight ke KK, saya baca buku “Why We Want You To Be Rich”. Buku yang ditulis oleh 2 tokoh terkemuka dunia, Donald Trump dan Robert Kiyosaki. Telah terbukti, dunia barat mempunyai ekonomi yang kurang stabil. Sebab tu la buku ini dikeluarkan.Salah 1 faktor yang menjadi ancaman kepada periuk nasik peniaga-peniaga di Barat adalah internet marketing. Tersenyum saya :D Nampaknya peniaga-peniaga online akan mengambil alih ekonomi. Kena ambil peluang nih!

Dalam pembacaan saya dalam buku tersebut, ada benda yang menarik perhatian saya, dan mengingatkan saya kepada zaman sekolah dulu-dulu. Ala yang “saya baca saya ingat, saya dengar saya lupa”, yang tu la… ada lagi ayat-ayat dia, tapi lupa :D Kat sekolah saya dulu ada dilekatkan di dinding koridor kata-kata semangat untuk student.

Apa yang akan kita ingat selepas 2 minggu?

90% daripada apa yang kita cakap dan buat

70% daripada apa yang kita cakap sahaja

50% daripada apa yang kita lihat dan dengar

30% daripada apa yang kita lihat

20% daripada apa yang kita dengar

10% daripada apa yang kita baca

Source: Cone of Learning daripada Dale, 1969 yang saya ambil daripada buku “Why We Want You To Be Rich”.

So, memandangkan 90% daripada apa yang kita cakap dan buat salah satunya adalah melalui pengajaran kepada orang lain, saya akan buka kepada sesiapa yang mempunyai tertanyaan tentang internet marketing, boleh la bertanya saya, dan saya akan beritahu apa yang saya tahu.

Saya boleh dihubungi melalui email saya abixpert [@] yaho o [.] com

MLM dan eBay Oktober 29, 2006

Posted by abixpert in Uncategorized.
7 comments

Assalamualaikum

Lagi-lagi tentang MLM….Multi Level Marketing

Hehe…

Untuk anda yang join MLM, apa kata anda pelbagaikan cara penjualan produk MLM anda di eBay. Disamping anda mendapat point untuk program MLM yang anda join, anda juga boleh mendapat keuntungan berlipat kali ganda jika anda menjualnya di eBay luar negara.

Sebab, anda boleh menjual dengan harga USD.

Dengan cara ini juga, anda tidak perlukan wang untuk membeli barang untuk dijual. Hanya scan gambar produk di dalam majalah MLM atau amik gambar sebenar di kedai MLM dan uploadkan di eBay. Jika ada pembeli di eBay baru anda beli di kedai MLM dan poskan produk anda kepada pembeli. Jimat dan mudahkan?

Apa kata anda?

Klik untuk lihat auction pelik di eBay

Wang dari Internet Oktober 27, 2006

Posted by abixpert in Uncategorized.
1 comment so far

Assalamualaikum

Hari ni baru raya ke 4. Banyak la jugak kena keluarkan duit untuk anak-anak buah dan anak-anak jiran. 1st time bagi duit raya kat bebudak, bes gak. kuiukiukuiukiu

Hari ni saya nak terangkan tentang wang daripada internet. Sebenarnya, banyak sumber yang kita boleh dapat wang daripada internet ni.

1. Melalui rungan lelongan, iaitu eBay dan juga Lelong.com.my

2. Forum, anda boleh jual barang-barang anda diforum yang berkaitan dengan produk anda.

3. Membuat google adsense, anda buat sebuah laman web berbahasa inggeris, pastu letakkan code google adsense, jika ada pelawat yang datang ke website anda dan klik pada iklan tersebut, anda akan mendapat wang dalam bentuk USD.

4. Menyertai program FOREX, HYPE dan sebagainya. (Maaf, saya tidak akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang program-program ini.)

Ini adalah cara bagaimana untuk mendapatkan wang di internet. Tetapi, adakah ianya mudah atau susah? Saya akan menerangkan lebih lanjut tentang sesuatu program di post yang akan datang.

Stay tune :D

Selamat Hari Raya Oktober 22, 2006

Posted by abixpert in Uncategorized.
2 comments


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog…

Sudah 1 tahun lebih saya belajar tentang internet marketing. Banyak yang saya pelajari daripada internet, melalui forum serta ikut kursus. Orang yang banyak membantu saya adalah Team Saifulsham, Saudara Sabri dan Saudara Syazwan. Mereka tidak lokek untuk mencurahkan ilmu kepada umum, serta kepada saya, dan dengan senang hati menjawab persoalan saya jika saya tanya. Terima kasih buat anda berdua, semoga mendapat kejayaan di masa mendatang.

Tak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya dalam bidang internet marketing. Ramai sangat untuk saya sebutkan di sini, rakan-rakan protege Team Saifulsham, rakan-rakan Putera.com, rakan-rakan Wang Cyber.com serta ramai lagi. Semoga kita juga akan berjaya menuju puncak kejayaan.
Buat rakan-rakan perniagaan offline saya, ashraf technologies (001565725-W), jom kita cari lagi pluang biz, tahun depan cari projek mega pulak. hehe

Saya nak ucap Selamat Hari Raya, maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri saya, mana la tau kot-kot saya ada buat salah, kot-kot saya membuatkan anda kecil hati dan sebagainya. Untuk mereka-mereka yang pulang ke kampung, semoga selamat pergi dan selamat kembali. Berhati-hati di jalan raya.

Ingatlah Orang yang Tersayang Oktober 19, 2006

Posted by abixpert in Uncategorized.
2 comments

Assalamualaikum

Pepatah “ingatlah orang yang tersayang” selalu kita dengar kat tv dan radio, kadang-kadang kat media massa pon ada.

Selalunya pepatah ni kita dengar bila dekat-dekat nak raya, tak kira la raya kaum apa pon. Sebenarnya, kita harus ingat orang yang tersayang bila-bila masa saja. Tak kira semasa memandu, semasa makan, semasa sembahyang… Bukan saja kena berhati-hati di jalan raya sebab orang yang tersayang akan merana kerana kehilangan kita, tetapi kita juga kena ingat mereka. Sebab mereka juga boleh meninggalkan kita bila-bila masa sahaja.

Sempena Hari Raya yang mulia nie, cuba-cuba jenguk atuk dan nenek di kampung, cuba-cuba jenguk ibu dan ayah di kampung. Kalau tak boleh jenguk pon, telefon pon boleh.

p.s: Sebenarnya saya tengok iklan Petronas tadi. Sayu sebab ayah diperlakukan sedemikian rupa.

p.p.s: Teringat arwah ayah saya, alhamdulillah, saya cepat sedar, dulu saya kurang rapat dengan ayah, tapi setahun sebelum dia meninggal, bila balik kampung, saya cuba mesrakan diri saya dengan ayah (balik kampung pon setahun kurang 5 kali :D ) .Ntah macam mana teringat jasa ayah kepada saya yang saya tak mungkin boleh balas membuatkan saya ingin merapatkan diri dengan ayah. Dulu sepatah yang ditanya, sepatah saya jawab. Rasa bersyukur sangat sebab disaat dia sakit, saya ada disisi dia, di saat dia menghembuskan nafas yang terakhir, pon saya ada disisi dia. Saya curahkan sepenuh kasih sayang saya semasa menjaga dia walaupon hanya 1 hari. (Dia hanya sakit 1 hari, kemudian meninggal dunia keesokannya).  Sedih sebab saya ditinggalkan ayah semasa umur saya baru 25 tahun, tapi gembira sebab ayah saya “pergi” semasa dia banyak beramal ibadat kepada Allah s.w.t. Ntah bagaimana perasaan saya berhari raya tanpa ayah tahun pertama ni..

p.p.p.s: Saya redha sebab saya dapat mengecapi kasih sayang ayah selama 25 tahun. Ada juga mereka yang langsung tidak pernah mengenali ayah mereka.

Al-Fatihah buat Allahyarham Haji Shuib bin Senapi. Semoga ayah tergolong dalam mereka-mereka yang beriman.

Rang Undang-undang Perdagangan Elektronik 2006 Oktober 16, 2006

Posted by abixpert in Uncategorized.
add a comment

Jika anda melakukan jual beli di internet, ingatlah bahawa anda telah dilindungi oleh Undang-undang Perdagangan Elektronik. Rang undang-undang itu mengiktiraf dari segi undang-undang semua transaksi yang dijalankan secara elektronik.

Kepada pembeli-pembeli di internet, usah risau, usah gusar, dengan adanya undang-undang ini, anda akan lebih selamat membuat pembelian di internet. Melalui post saya sebelum ini klik, pembelian di internet adalah lebih mudah dan menguntungkan anda kerana anda telah jimat dalam banyak perkara. Minyak, tol, parking, diskaun dan sebagainya.

(lagi…)

MLM dan Anda Oktober 15, 2006

Posted by abixpert in Uncategorized.
15 comments

Bila nak suruh orang join MLM, selalunya orang akan kata,:

“Nie bukan program MLM”

“Nie program baru, baru 2 bulan”

“Artis pon ada join”

“Saya ada peluang biz nak ajak awak join”

“Saya tanak la kaya sorang-sorang, tu yang ajak awak sama”

Nie la antara pengalaman saya. Kawan sekolah plak tu yang suruh join. Aduhhh… Susah tul nak elak. Tapi, kena la tepis dengan cara lembut, karang hilang kawan plak.

Bagi saya, anda boleh join MLM kalau:

1. Anda suka bercakap

  • Anda kena bercakap, kalau diam saja, camna orang nak tau anda join MLM dan camna nak ajak orang lain untuk join MLM .

2. Anda boleh eleborate sesuatu perkara dengan lebih dalam lagi

  • Akan ada orang yang bertanya lebih lanjut tentang sesuatu perkara. Paling penting yang anda harus tau, tentang sistem MLM yang digunakan. Apa beza sistem yang MLM yang anda guna berbanding dengan sistem MLM yang lain.

3. Anda sanggup mengorbankan masa anda

  • Tipu bila orang cakap program MLM nie tak perlu masa yang banyak. Saya pernah jumpa dengan orang yang join MLM, tengah malam baru balik rumah, sebab berjumpa dengan target ahli. Walaupon pendapatan dia dah banyak, tapi, kalau dia stop, dia takan boleh pergi ke level yang seterusnya.

4. Anda tak malu untuk berjumpa orang

  • Bila anda dah berkorban masa anda, anda tidak seharusnya rasa malu. Ceritakan kepada target ahli anda tentang kebaikan join MLM anda dan kenapa lebih hebat jika beliau join dibawah anda.

5. Anda sanggup melabur lebih untuk berjumpa dengan target ahli anda

  • Bila anda berjumpa target ahli yang anda nak beliau join, jangan segan-segan untuk keluarkan duit anda untuk belanja beliau minum/makan. Takan anda kedekut. Walhal, MLM andakan yang banyak dapat keuntungan. MLM anda kan yang boleh mendapat pendapatan yang lumayan.

Untuk yang dah join MLM, atau yang berminat untuk join MLM, pastikan syarikat yang anda join adalah sah. Menurut Laporan Jumlah Lesen Jualan Langsung April 2006, daripada KPDNHEP, terdapat 351 syarikat yang berjaya memohon atau memperbaharui lesen untuk jenis pelan pemasaran MLM, 149 syarikat untuk jenis pelan pemasaran SLM, 36 syarikat untuk jenis pelan pemasaran MO dan 31 syarikat untuk jenis pelan pemasaran SLM/MO.

Untuk melihat senarai penuh syarikat yang berdaftar dengan KPDNHEP, sila klik di sini.

Sila lihat senarai syarikat, adakah syarikat yang ingin anda join telah berdaftar dengan KPDNHEP?

KPDNHEP juga telah mengeluarkan kaedah atau cara-cara untuk anda kenalpasti samada sesuatu program yang anda join atau akan join adalah Skim Piramid atau tidak.

www.sec.gov

Skim Piramid: Sejauh Mana Pulangannya?
Skim piramid merupakan satu skim perkiraan bagi pengedaran atau penjualan komoditi. Seseorang itu mendapat suatu balasan atau faedah wang yang tidak bergantung pada jumlah atau kuantiti barang dan perkhidmatan yang dijual atau diedarkan, tetapi yang diasaskan adalah kepada penajaan seorang atau lebih peserta ke dalam skim tersebut.

Ciri-ciri Skim Piramid

  • Menetapkan bilangan penajaan seperti ganjaran atau bonus dibayar berdasarkan kepada penajaan ahli yang ditetapkan, bukannya berdasarkan jumlah jualan yang dibuat.
  • Menjanjikan pendapatan yang tinggi dalam masa yang singkat berdasarkan bilangan ahli yang ditaja.
  • Skim latihan dan ceramah yang dianjurkan tidak menekan kepada kualiti produk atau cara memasarkan produk, tetapi lebih kepada cara bagaimana untuk menarik masuk peserta baru dalam skim.
  • Harga barangan atau perkhidmatan adalah lebih tinggi dan tidak setimpal dengan nilai sebenar barangan atau perkhidmatan tersebut.

Kerajaan telah mengambil langkah mengharamkan skim ini kerana ia lebih menjurus kepada skim cepat kaya yang memberi keuntungan hanya kepada segelintir perserta yang telah berada di peringkat tertinggi dan tidak kepada sebahagian besar peserta yang masih berada di peringkat bawahan. Dengan kata lain, hanya beberapa peserta terawal atau atasan sahaja yang mendapat faedah atau pulangan lumayan dan sebahagian besar peserta di peringkat bawahan hanyalah penyumbang supaya peserta atasan dapat menikmati faedah.
Kini, kerajaan sedang menggubal Akta Anti Piramid bagi mengharamkan skim ini dan akan mengenakan hukuman mandatori (denda dan penjara) ke atas penganjur dan juga peserta skim.

Bagaimana jika didatangi penganjur Skim Piramid?

  • Periksa sama ada syarikat tersebut mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan.
  • Rujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk memastikan syarikat (jualan langsung) memiliki lesen yang sah.
  • Meneliti pelan pemasaran syarikat dan buat rujukan dengan Unit Jualan Langsung, KPDN & HEP mengenai kesahihan pelan yang dikemukakan.

Cara Mengenal Skim Penipuan
Kita sering berhadapan dengan pelbagi skim-skim baru, yang menawarkan ganjaran menarik dengan modal yang rendah. Seringkali ramai yang tertarik dan menyertainya. Namun akhirnya apa yang dijanjikan itu tidak kesampaian dan modal yang dikeluarkan itu lesap begitu sahaja. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, demi mengelakkan diri daripada tertipu, sentiasa ingat petua-petua perlindungan yang berikut :

Tawarkan keuntungan tetap
Hindari sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan tetap atau tinggi bagi satu pelaburan kecil. Berhati-hatilah terhadap syarikat yang menjanjikan keuntungan besar atau menunjukkan prestasi cemerlang dalam satu tempoh masa yang pendek.

Perlu menaja orang lain
Berhati-hati dengan pelan yang menumpukan kepada membayar anda untuk melatih orang lain dan bukannya membayar anda kerana menjual produk atau perkhidmatan. Perkataan yang menjadi kunci utama untuk mengingatkan anda supaya bethati-hati ialah ‘downline’ atau ‘piramid’.

Tempoh tawaran terhad
Jangan sekali-kali bersetuju menyertai apa-apa ‘peluang’ dalam keadaan mendesak, umpamanya ‘tempoh untuk anda menyertai skim ini amat terhad’ atau ‘beli sekarang, jika tidak, anda akan menyesal’.

Kenakan bayaran pendahuluan
Memang mustahil untuk anda memenangi sebarang hadiah atau wang yang banyak jika anda tidak masuk sebarang pertandingan atau membeli loteri. Begitu juga, mustahil bagi sesuatu pertandingan yang sa di sisi undang-undang untuk meminta bayaran wang pendahuluan sebelum menyerahkan hadiah wang.

Panggilan tidak diduga
Anda perlu bersikap ragu-ragu mengenai sebarang panggilan telefon yang tidak dijangka mengenai pelaburan daripada jurujual atau syarikat luar pesisir yang anda tidak kenali. Jika pemanggil itu mengaku sebagai wakil peniaga syarikat broker saham atau penasihat pelaburan yang dilesenkan oleh pihak berkuasa di luar negara, minta nama pihak kawal selia asing berkaitan yang melesenkan syarikat itu dan layari tapak webnya yang biasanya mempunyai senarai mereka yang berdaftar dan dilesenkan.

Ketahui maklumat syarikat
Pastikan anda memperoleh rekod prestasi syarikat tersebut. Juga, mintalah maklumat bertulis mengenai produk pelaburan dan perniagaan itu, serta risiko yang terbabit dalam pelaburan tersebut. Baca dengan teliti prospektus atau laporan tahunan syarikat itu sebelum membuat pelaburan.

Jangan dedahkan maklumat peribadi
Jangan berikan sebarang maklumat kewangan atau peribadi sebelum anda memastikan kesahihan syarikat itu.

Dapatkan maklumat lanjut
Jangan takut bertanya soalan. Malah, lebih banyak soalan yang anda tanyakan, lebih baik lagi. Minta penjelasan mengenai apa-apa perkara yang anda tidak benar-benar fahami. Walau bagaimanapun, jangan menerima bulat-bulat semua maklumat yang diberikan. Siasat sendiri. Jika anda memerlukan bantuan untuk membuat penilaian terhadap pelaburan tersebut, pergilah kepada mereka yang boleh memberikan nasihat secara bebas dan profesional, contohnya wakil peniaga berlesen, penasihat pelaburan, peguam atau akauntan.

Semakan dengan pihak berkuasa
Sentiasa periksa tapak web pihak pengawal selia, contohnya, tapak web Suruhanjaya Sekuriti (www.sc.com.my), untuk mendapatkan maklumat mengenai amaran untuk pelabur, atau senarai syarikat-syarikat perantara berlesen.

Jangan melabur jika ragu-ragu
Jika ragu-ragu, jangan melabur. Mengapa anda mesti meletakkan wang anda dalam risiko jika anda tidak mendapat maklumat sepenuhnya mengenai syarikat, jurujual/esen, atau pelaburan tersebut? Ingatlah, jika sesuatu janji itu nampak macam mustahil boleh dilaksanakan, kemungkinan besar memang mustahil boleh berlaku!

Dan sekarang, banyak program-program MLM yang telah menggunakan teknologi untuk menarik lebih ramai ahli, Satu tindakan yang bijak, tetapi anda harus berhati-hati kerana jika berlaku penipuan, pihak penganjur tidak boleh didakwa di Malaysia kerana belum wujudnya Akta Transaksi Elektronik.


SKIM PIRAMID MELALUI INTERNET

Kini penganjur skim piramid telah menggunakan internet sebagai saluran untuk melebarkan aktiviti mereka. Sebuah syarikat di U.K telah menganjurkan satu skim, iaitu mereka yang ingin menyertainya perlu membeli emas bernilai US$50.00 bersamaan RM189.83 (US$1=RM3.80). Ini membolehkan mereka membuka sebuah akaun dengan syarikat tersebut. Emas tersebut akan disimpan oleh syarikat itu.

Peserta kemudiannya diminta untuk menaja dua orang yang secara cartanya diletakkan di sebelah kiri dan kanannya. Mereka juga perlu membayar US$50. Dua orang yang ditaja itu juga diminta menaja dua orang lain di bawah mereka dan begitulah seterusnya. Sekiranya peserta pertama tadi telah berjaya mendapatkan enam orang di bawahnya, maka dia berkelayakan untuk mendapat komisen sebanyak US$30 bersamaan RM113.90. Lebih ramai peserta yang ditaja di bawah downlinenya, maka bertambah banyaklah ganjaran komisen yang diperolehi.

Syarikat ini memang bebas beroperasi di internet. Namun masalahnya sekiranya para peserta yang menyertai skim ini menghadapi masalah, tidak ada jaminan untuk mendapatkan wang mereka semula. Dan, pihak penganjur juga tidak boleh didakwa di Malaysia kerana belum wujudnya Akta Transaksi Elektronik.

Kini, berleluasa juga skim berbentuk piramid yang dibuat secara surat berantai. Peserta yang berminat diminta untuk memasukkan wang ke dalam akaun bank tiga peserta yang dinyatakan dalam surat tersebut. Kemudian dia dikehendaki membuat salinan seberapa banyak yang boleh dan dan meletakkan namanya serta nombor akaun bank di tempat ketiga. Salinan-salinan tersebut perlu dihantar pula kepada sesiapa sahaja, sama ada secara pos, memasukkan dalam peti surat, pada kenderaan atau di tempat tumpuan umum.

Hairannya, biarpun telah ramai yang terkena dengan skim piramid ini, namun masih ramai lagi yang ingin menyertainya.

Walaupon sesuatu syarikat telah didaftarkan dengan KPDNHEP, tetapi telah terdapat sejarah KPDNHEP telah menarik balik lesen sesuatu perniagaan MLM kerana melanggar syarat-syarat menjalankan perniagaan MLM/Jualan Lansung. Ini kerana semasa memohon lesen, syarikat yang terlibat memang memberikan maklumat yang lengkap dan tepat, tetapi selepas mendapat lesen, syarikat MLM/Jualan Langsung telah menukar pelan sehingga menjadi seakan-akan SKIM PIRAMID.Ciri-ciri Skim Piramid

  • Menetapkan bilangan penajaan seperti ganjaran atau bonus dibayar berdasarkan kepada penajaan ahli yang ditetapkan, bukannya berdasarkan jumlah jualan yang dibuat.
  • Menjanjikan pendapatan yang tinggi dalam masa yang singkat berdasarkan bilangan ahli yang ditaja.
  • Skim latihan dan ceramah yang dianjurkan tidak menekan kepada kualiti produk atau cara memasarkan produk, tetapi lebih kepada cara bagaimana untuk menarik masuk peserta baru dalam skim.
  • Harga barangan atau perkhidmatan adalah lebih tinggi dan tidak setimpal dengan nilai sebenar barangan atau perkhidmatan tersebut.