jump to navigation

Sms Ramadhan September 23, 2006

Posted by abixpert in Pemasaran & Promosi.
3 comments

Semalam saya sms rakan-rakan saya untuk wish Ramadhan, ramai yang saya sms, kenalan baru dan lama. Ada juga kenalan lama yang call saya balik, sebab dah lama kami tak berhubung :D

Dan ada juga yang tanya, “sape nih?” Adeh! kena la explain balik sapa diri ini. Hehe

Sebenarnya, saya tak buat sendiri ayat-ayat wish Ramadhan ni. Saya just forward balik je 1 sms yang saya terima dari kenalan rapat saya. Disebabkan sms Ramadhan yang dia kasik saya tu sempoi, tak payah la saya susah-susah nak fikir apa yang saya nak sms wish Ramadhan kat kenalan-kenalan yang lain.

Dan… Jeng… jeng…jeng…

Di akhir setiap sms, saya sertakan http://mohdashraf.com, maka, rakan-rakan saya akan dapat tahu website saya. Kalau saja-saja nak bagitau dorang tentang website saya, macam syok sendiri plak.

Selamat menyambut Ramadhan September 22, 2006

Posted by abixpert in Pemasaran & Promosi.
add a comment

Alhamdulillah

Bersyukur saya sebab dipanjangkan umur untuk menyambut kedatangan Ramadhan pada tahun ini. Gembira sangat. Setiap tahun, bagi saya Ramadhan ni terlalu istimewa. Kerana tanpa kehadiran syaitan laknatullah, jiwa saya tenang, fikiran saya tenang.

Oleh sebab dengan kehadiran Ramadhan ni, banyak email yang saya dapat berkaitan Ramadhan, terutama amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk mempertingkatkan amalan dibulan yang mulia ini. Rasanya anda tentu juga pernah dapat email begitu.

Anda juga boleh ambil peluang yang sama, sebarkan tentang apa sahaja berkaitan agama Islam, sejarah Islam, kisah-kisah nabi dan sebagainya.

Apa kaitan dengan internet marketing?

Dibawah setiap email yang anda hantar, pastikan anda sertakan link ke website anda. Insyallah, akan bertambahla pelawat ke website anda dan semoga bertambahlah rezeki anda pada bulan yang mulia ni dengan penjualan produk anda.