Hosting & Domain Name Provider Disember 12, 2006
Posted by abixpert in Internet Biz.add a comment

Assalamualaikum
Semenjak dua menjak ni, saya sunyi sepi dari dunia perniagaan online. Cuti sekolah ni, sibuk dengan majlis kenduri kahwin abang saya. Sekarang baru ada masa untuk buka internet, jawab segala pertanyaan kawan-kawan dan sebagainya…
Jangan Tiru Saya…
Sebenarnya anda kena selalu online walaupon sibuk. Kalau tak, pelanggan dan juga pengunjung laman web anda akan lari ke tempat lain.

Tahukah anda, pada hari ini, pagi ini, 12.12.2006, (Malaysia-East Asia Satellite) MEASAT 3 telah dilancarka? Kos MEASAT 3 ini adalah US$220mil. Wow! Satu nilai yang besar, tetapi berbaloi untuk dilaburkan. MEASAT 1 pula akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 2008 dan akan digantikan dengan MEASAT 1R.
Ok, kenapa tajuk kali ini ” Hosting & Domain Name Provider”?
Saya baru dapat email daripada syarikat hosting saya untuk menutup akaun saya… Bukan salah saya, tapi syarikat hosting tersebut mempunyai masalah. Saya ada masa 3 hari untuk backup semua data memandangkan saya hanya mempunyai 1 hosting dan di addon domainkan kepada beberapa domain perniagaan saya yang lain.
Sekarang ni saya tengah menyusun kembali strategi saya. Kena backup data dan juga kena cari hosting provider yang lain. Pilihan saya?
Saya rasa saya nak beralih kepada hosting provider luar negara.
Sebab….
- Mereka menjalankan perniagaan ini sepenuh masa.
- Segala pertanyaan akan dijawab dalam masa yang singkat.
- Kurang risiko bahawa syarikat tersebut akan menutup syarikat mereka.
Seperti kata Team Saifulsham, seharusnya anda menggunakan khidmat domain name provider dan hosting provider daripada syarikat yang berlainan. Dengan cara ini, akan dapat mengurangkan masalah yang akan anda hadapi jika sesuatu berlaku kepada syarikat tersebut.
Dan paling penting, pastikan anda mendapatkan domain name anda daripada syarikat yang betul-betul kukuh, sebab jika terjadi sesuatu masalah, anda harus mendapatkan balik domain name anda. Atau… terpaksalah anda mempromosikan domain name baru anda.
p.s: rasanya saya berkira-kira untuk menggunakan khidmat hosting provider yang direkemen oleh Team Saifulsham.