About

Dilahirkan di Perlis dan mendapat pendidikan di Universiti Putra Malaysia, Mohd Ashraf bin Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan, tidak kira apa jenis perniagaan. Perniagaan yang telah beliau miliki adalah Ashraf Technologies (001565725 W) dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang sedang dalam perancangan dan akan direalisasikan dalam beberapa bulan ini adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian, selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.
apakah jenis perniagaan online yang tak tipu??,..yang betul2 nak naikkan taraf hidup??? tolong saya ..saya nak join internet bussiness tapi takut kene tipu..n ader kursus untuk ni?..kat mane ye?
Bagi saya, takrifan untuk perniagaan online adalah menjual barang-barang secara dalam talian (online).
Contohnya, saya ada menjual barangan cenderahati perkahwinan, saya tidak mempunyai kedai, hanya menjualan barang tersebut secara online.
Banyak kelebihan buat jualan secara online:
1. Tak perlu kedai
2. Tak perlu lesen perniagaan
3. Tak perlu pekerja
Ruangan lelongan seperti ebay dan lelong.com.my antara contoh perniagaan online yang boleh anda ceburi. Di Barat, menjual barang-barang dalam ruangan lelongan telah menjadi 1 kerjaya kepada masyarakat Barat. Ada juga rakyat Malaysia yang menjadikan jualan barang di eBay sebagai 1 kerjaya dan berita tentang kejayaan ada di siarkan di akhbar The Star.
Untuk kursus pula, Cik Nor boleh klik link ni:
http://tinyurl.com/2xuft4
salam…
apa betul usaha dengan cara online betul2 akan berhasil?
tapi setiap saya nak desain web sepertinya buntu apa yang nak ditulis walau barang sudah ada dikepala yang nak dijual, walau itu bukan barang sendiri…
Salam Saudari Amira
Sebenarnya, banyak sumber yang kita boleh dapat wang daripada internet ni.
1. Melalui rungan lelongan, seperti eBay.com.my dan juga Lelong.com.my
2. Forum, anda boleh jual barang-barang anda diforum yang berkaitan dengan produk anda.
3. Anda juga boleh membina sebuah website utk menjual barangan anda.
Anda perlu promosi barangan dan link ke website anda. Jika tidak, susah untuk anda menjual barang-barang. Sama seperti kedai konvensional. Kalau anda tidak promosi kedai anda, pelanggan tidak akan tahu kewujudan kedai atau produk yang anda jual.
Barang apa yang anda nak jual? Cuba fikirkan apa yang orang perlukan. Kemudian, cari barang tersebut dan jual. Jika anda mempunyai barang untuk dijual, buat permulaan, cuba promosikan barangan tersebut di forum yang berkaitan.
Salam
Saya ingin bertanya tentang kegunaan FEEDs, masih tak faham-faham juga sampai la ni…mohon bantuan
Assalammualaikum…..
Saya masih kurang faham dengan perniagaan internet…
1) Macamana kita nak yakinkan kepada orang bahawa perniagaan ini membawa keuntungan…?
2) Macamana nak memulakannnya
3) Adakah ia betul2 membawa keuntungan
Harap dapat memberikan pendapat @ jwpn yg menyakinkan…
TQ…
saya berhasrat nak buka kedai menjual barangan dan cenderahati perkahwinan . saya hanya ada modal lebih kurang rm10 ribu.
masalah saya sekarang:
1. modal kecil( kalu boleh xnak wat pinjaman)
2.dimana boleh saya dapatkan barang dengan harga pemborong ?